Tuesday 13 May 2014

LAGU RAP BERUNSURKAN ISLAM.

 

1.  Kumpulan Native Deen.

Dikenali sebagai rap Islam, fenomena baru ini mula menarik minat terutamanya di kalangan masyarakat Afrika-Amerika yang merangkumi kira - kira satu pertiga daripada umat Islam di Amerika Syarikat. Kumpulan di sebalik lagu ini ialah Native Deen yang terdiri daripada tiga orang lelaki kulit hitam dari Washington, D.C. yang dibesarkan sebagai penganut agama Islam yang taat dan berhajat menggunakan bakat mereka untuk memberi inspirasi kepada golongan muda agar terus beriman walaupun berdepan dengan pelbagai tekanan dan dugaan dalam arus kehidupan moden ini. Kumpulan Native Deen membuat persembahan di persidangan-persidangan Islam, majlis-majlis amal, majlis-majlis perkahwinan dan di tempat-tempat peranginan atau di mana-mana sahaja yang memerlukan hiburan bercorak Islam. Kebanyakan lagu mereka menyentuh kehidupan orang Islam di Amerika, menyeru umat Islam untuk tekun menunaikan solat lima waktu dan agar tidak hanyut dalam arus kebendaan dan “hiburan dan muzik video yang disiarkan di tv.” Sesetengah lagu menyeru pendengar untuk menjauhkan diri daripada najis dadah, seks rambang atau menipu di sekolah tanpa ditujukan khusus kepada mana-mana penganut agama.

 
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment